Tugas Dan Tanggungjawab Ketua Panitia Dan Guru Sains
Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Sains
Tugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut:
- Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan sains
- Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.
- Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan pelupusan.
- Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.
- Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains seperti berikut :Pesanan peralatan dan bahan sains, Stok makmal sains, Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains, Kerosakan dan kehilangan, Penyelenggaraan dan pemeriksaan, Kemalangan, Rekod penggunaan makmal sains
- Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna
- Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas, perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.
- Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik sains.
- Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik sains.
- Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
- Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya dan kakitangan makmal dan bilik sains.
- Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya
- Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal dan bilik sains.
- Merekod dan mengemaskinikan stok makmal dan bilik sains.
- Menyelaras penggunaan makmal dan bilik sains serta peralatan dan bahan sains di bawah jagaannya.
- Membantu dalam penyelenggaraan makmal dan bilik sains.
- Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf untuk guru sains dan kakitangan makmal dan bilik sains berkaitan dengan Pengurusan makmal dan bilik sains, Pengendalian dan penyelenggaraan peralatan, Pengendalian dan penyimpanan bahan toksik, radioaktif dan bahan berbahaya yang lain
- Membantu merancang dan melaksanakan arahan dan peraturan yang berkaitan dengan makmal dan bilik sains.
- Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok tahunan.
- Merancang dan mengendalikan PEKA Sains.
- Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.
Guru Sains
Guru sains secara automatik menjadi anggota Panitia Sains. Tugas guru sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut :
- Mematuhi jadual penggunaan makmal dan bilik sains.
- Melaksanakan PEKA Sains.
- Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains.
- Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
- Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan dalam kerja amali serta mengisi borang atau buku pesanan untuk tindakan kakitangan makmal dan bilik sains.
- Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan.
- Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua Panitia merekod, menyemak dan mengemas kini stok.
- Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.