[Info Sains] Struktur Gigi Haiwan Herbivor, Karnivor Dan Omnivor
Haiwan herbivor mempunyai gigi kacip dan gigi geraham yang lebar dan rata. Kebanyakan haiwan herbivor tidak mempunyai gigi taring. Mereka menggunakan gigi kacip atau geraham untuk mengunyah makanan sebelum menelan. Rahang haiwan herbivor dapat bergerak menyamping selain gerakan ke atas bawah. Pergerakan ini berfungsi untuk menggiling sayur dan buah-buahan
Haiwan karnivor mempunyai gigi kacip yang pendek dan tajam. Gigi taringnya panjang, tajam dan melengkung. Manakala gigi gerahamnya juga tajam, bergerigi dan berbentuk pisau. Bentuk gigi taring haiwan karnivor sangat tajam dan besar yang mana berfungsi untuk mengoyak daging. Rahang haiwan karnivor hanya dapat bergerak ke atas bawah. Haiwan karnivor tidak memerlukan gerakan menggiling, ini kerana mereka terus menelan makanannya
Haiwan omnivor mempunyai gigi kacip yang lebar dan rata. Gigi taring yang pendek dan tumpul serta gigi geraham yang juga rata. Haiwan omnivor juga akan mengunyah makanan sebelum menelan. Seperti haiwan herbivor, rahang omnivor juga dapat bergerak menyamping selain gerekan ke atas bawah